Wednesday, June 26, 2019

Anugerah Pingat Emas Inovasi Kebangsaan 2019

Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi kebangsaan sempena persidangan kebangsaan amalan terbaik PdPC dan Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di IPGK Kota Bharu Kelantan pada 14-15 April 2019 Tajuk Inovasi Nulis Makalah Digital 2.0 Secara Atas Talian

Monday, September 24, 2018

TAHNIAH PINGAT PERAK PERTANDINGAN INOVASI KEBANGSAAN IPG TI JOHOR 2018


Alhamdulillah Pasukan Inovasi KPL GAPEDA telah melakar sejarah kejayaan mengondol Pingat Perak Peringkat Kebangsaan pada 12-13 Sept 2018 di IPG Kampus Temenggung Ibrahim Johor, Tahniah kepada Tn Pengarah, Timbalan dan pasukan KPL GAPEDA ini atas usaha gigih mereka membuahkan hasil.. Teruskan kecemerlangan ini.....









Melayan kunjungan para VIP di Booth KPL GAPEDA Sempena Pertandingan INOVASI Kebangsaan 12-13 Sept 2018 di IPG Temenggung Ibrahim Johor









Tuesday, August 7, 2018

PROJEK INOVASI LEBUHRAYA GAPEDA 2018

Pada 24 Julai 2018, Projek Inovasi Lebuhraya GAPEDA telah terpilih 5 Projek Terbaik IPG KPM tahun 2018 dalam Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan IPGM Kali Ketiga yang akan diadakan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor pada 12-13 September 2018. Doakan Projek ini mendapat tempat dalam pertandingan inovasi ini amin..








ANUGERAH BUKU NEGARA

ALHAMDULILLAH...
Pada 10-11 Disember 2014 Buku Dr Abdullah Mohd Yusof bertajuk "Memahami Kecacatan Orang Pekak" telah memenangi Anugerah Buku Negara dalam Persidangan Buku Antarabangsa di Dewan Tun Hussein Onn PWTC.



PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DAN PEMULIHAN KALI PERTAMA 2017


Persidangan ini diadakan pada 3 Oktober 2017 di IPG Kampus Darul Aman Kedah. Pada Persidangan ini Buku Dr Abdullah yang bertajuk Memahami Kecacatan Orang Pekak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur telah berjaya dilancarkan hasil dari Projek Inovasi Berbengkel Bersama DBP KL Lebuhraya GAPEDA (Gabungan Penulis Muda). 



PESTA BUKU IPGM 2017

 Pada 14-15 Mac 2017 INtitut Pendidikan Guru Malaysia telah mengadakan Pesta Buku yang bertemakan Cemerlang Ilmu Perguruab, Melakar Mutu Kecemerlangan. Pesta ini telah diadakan di IPG Kampus Bahasa Melayu. Pada Pesta ini juga diadakan Forum Bersama Penulis yang salah seorang  ahli panelnya ada Dr Abdullah Mohd Yusof..




Monday, July 30, 2018

10 JULAI 2016 MAJLIS PELANCARAN JURNAL EDISI KHAS

Pelancaran Jurnal Julung kali diadakan di IPG Kampus Kota Bharu Kelantan yang telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Dr Hj Abdullah Yusoff pada 10 Julai 2016. Jurnal Perdana Akademik ini mengandungi 10 artikel Jurnal yang ditulis oleh pensyarah IPG Kampus Kota Bharu dalam pelbagai bidang mengikut kepakaran pensyarah.










17 NOV 2016 PELANCARAN KERJASAMA PENERBITAN BUKU IPGKKB-DBP KL

FASA 7: 15-17 NOV 2017 BENGKEL PENULISAN DI BTPN KELANTAN