Tuesday, August 7, 2018

PROJEK INOVASI LEBUHRAYA GAPEDA 2018

Pada 24 Julai 2018, Projek Inovasi Lebuhraya GAPEDA telah terpilih 5 Projek Terbaik IPG KPM tahun 2018 dalam Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan IPGM Kali Ketiga yang akan diadakan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor pada 12-13 September 2018. Doakan Projek ini mendapat tempat dalam pertandingan inovasi ini amin..








ANUGERAH BUKU NEGARA

ALHAMDULILLAH...
Pada 10-11 Disember 2014 Buku Dr Abdullah Mohd Yusof bertajuk "Memahami Kecacatan Orang Pekak" telah memenangi Anugerah Buku Negara dalam Persidangan Buku Antarabangsa di Dewan Tun Hussein Onn PWTC.



PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DAN PEMULIHAN KALI PERTAMA 2017


Persidangan ini diadakan pada 3 Oktober 2017 di IPG Kampus Darul Aman Kedah. Pada Persidangan ini Buku Dr Abdullah yang bertajuk Memahami Kecacatan Orang Pekak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur telah berjaya dilancarkan hasil dari Projek Inovasi Berbengkel Bersama DBP KL Lebuhraya GAPEDA (Gabungan Penulis Muda). 



PESTA BUKU IPGM 2017

 Pada 14-15 Mac 2017 INtitut Pendidikan Guru Malaysia telah mengadakan Pesta Buku yang bertemakan Cemerlang Ilmu Perguruab, Melakar Mutu Kecemerlangan. Pesta ini telah diadakan di IPG Kampus Bahasa Melayu. Pada Pesta ini juga diadakan Forum Bersama Penulis yang salah seorang  ahli panelnya ada Dr Abdullah Mohd Yusof..