Sunday, September 2, 2012

Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka – tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.
Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.
Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih.
Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.
Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.

Thursday, June 21, 2012

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIRI KE-2 2012

(KPLI(SR) Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010 dan Januari 2011,
KPLI (SR) j-QAF LPBS Ambilan Januari 2011,
KPLI-KDC-SABK Ambilan November 2009,
KPLI-KDC-GSTT Ambilan November 2009 dan 2010 dan
KDPM-KDC-KEMAS/PERPADUAN Ambilan Mei 2008)
Tahniah diucapkan kepada semua Graduan IPG Kampus Kota Bharu bagi program KPLI(SR) Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010 dan Januari 2011, KPLI (SR) j-QAF LPBS Ambilan Januari 2011, KPLI-KDC-SABK Ambilan November 2009, KPLI-KDC-GSTT Ambilan November 2009 dan 2010 dan KDPM-KDC-KEMAS/PERPADUAN Ambilan Mei 2008. Maklumat berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen tersebut adalah seperti berikut :
  
Tarikh                         :           10 hingga 13 Julai 2012
Tempat                       :           Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya. 
Pendaftaran & Raptai :          9 Julai 2012 
Kumpulan yang terlibat :
KPLI(SR) Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010 dan Januari 2011,
KPLI (SR) j-QAF LPBS Ambilan Januari 2011,
KPLI-KDC-SABK Ambilan November 2009,
KPLI-KDC-GSTT Ambilan November 2009 dan 2010 dan
KDPM-KDC-KEMAS/PERPADUAN Ambilan Mei 2008
Para graduan dikehendaki melayari laman web http://www.lmsipda.net/konvo2012 untuk mendapatkan maklumat terkini serta peraturan berkenaan konvokesyen.
Sila muat turun maklumat di bawah untuk melancarkan pengurusan Konvokesyen di peringkat IPG Kampus Kota Bharu.

Tuesday, May 1, 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Temuduga  bagi  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012  boleh dibuat mulai jam 2 petang, pada 30 April 2012 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my

Thursday, March 29, 2012

Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia akan diadakan serentak kpd semua mahasiswa IPG KKB pada :

Tarikh : 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00pg
Tempat : Dataran HEP dan Dewan Wawasan

Penyerahan akan diberi oleh Mentor masing2..
Harap Maklum..

Sempena penyerahan Baucer Buku 1Malaysia tersebut Pesta Buku Peringkat IPG Kota Bharu  akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7-8 April 2012
Masa : 8.00-5.00ptg
Tempat : Dataran Ilmu 1 dan 2, Dewan Bakti

Berbelanjalah dgn membeli buku2 yg berfaedah utk anda, sbg rujukan dlm kerja kursus dan kajian penyelidikan...

Wednesday, March 28, 2012

Voucher Buku 1 Malaysia

Khabar gembira buat semua warga IPGKKB termasuk pelajar KDC (KDPM pra Kemas, PGSR,PPG, JQAF) bahawa anda semua akan mendapat voucher buku 1Malaysia.. Satu taklimat khas akan diadakan dlm masa terdekat...

Friday, February 24, 2012

11 April hari Kelepasan Am Tambahan

Tarikh 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan yang Di Pertuan Agong ke-14.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dalam satu kenyataannya berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 atau Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan negeri berkenaan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Dua acara utama akan diadakan sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong iaitu istiadat pertabalan pada sebelah pagi.

Dan majlis santapan diraja pada sebelah malam kedua-duanya di Istana Negara, Jalan Duta.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14, pada 13 Disember lalu menggantikan Sultan Mizan Zainal Zbidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.

Wednesday, February 22, 2012

UCAPAN PENGHARGAAN

Pihak IPGKKB ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa orang pensyarah kita yang telah mendapat kenaikan pangkat sbg "Pensyarah Cemerlang". Semoga dgn kenaikan pangkat tersebut akan menyemarakkan lagi kerja dan bertambah semangat dalam mendidik anak2 bangsa ini dan menjadi pendorong kpd rakan2 pensyarah yg lain... InsyaAllah..

Monday, February 20, 2012

MAKLUMAT KURSUS DALAM CUTI (KDC) BAGI SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MAC 2012

Surat pelepasan dan maklumat tentang KDC Mac 2012 adalah seperti berikut:

1. JQAF 2012, PGSR 09, KDPM SABK- 11-15 Mac 2012

2. PGSR 08, Pra Kemas 09,10, 11- 11-16 Mac 2012.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Bagi yg memerlukan kereta sewa pandu, sila hub. @ sms : 0129556569

Saturday, February 18, 2012

Sistem pendidikan negara harus pentingkan kualiti - TPM

GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.

Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.

"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.

Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Perhatian Tarikh PBS bagi pelajar PISMP Sem 1 ialah:
a) 4-8 Mac 2012 di negeri yang bermulanya persekolahan hari Ahad
b) 5-9 Mac 2012 di negeri yang bermulanya persekolahan hari Isnin

Cuti Pertengahan Semester
10 - 18 Mac 2012

Interaksi Kuliah
19 Mac 2012

P/S:
a) Pastikan tiket sudah di booking awal2 @ sekarang untuk mengelakkan kekecewaan bagi yang pulang menaiki BUS, FLIGHT..dan sama waktu dengannya.
Tiket cepat habis di Kelantan, terutama pada msa cuti sekolah.
b) Pastikan Tarikh untuk tiket pulang sebelum tarikh Kuliah bermula.. Kelewatan anda, menyebabkan kerugian jam kredit dan kuliah, tindakan HEP, dan lain2 yang dirasakan perlu..
c) Bagi yang pulang menaiki kenderaan sendiri, (moto, kreta) Servis dahulu kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan.

Harap Maklum..

Tuesday, February 14, 2012

Sistem pendidikan sentiasa dikaji dan ditambah baik

14/02/2012 8:32pm

JITRA 14 Feb. — Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji dan melalui proses penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, guru sebagai barisan hadapan untuk mencapai matlamat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab besar mendidik dan melahirkan tenaga manusia berilmu dan mahir dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan ko-kurikulum, Laporan Razak, Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuk memanjangkan latihan untuk guru dan pengambilan guru bahasa Inggeris dari negara penutur jati bahasa itu.

"Setiap perubahan bertujuan menambah baik mutu pengajaran dan bidang pendidikan kerana ia perkara pokok bagi Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020,” katanya semasa menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kedah dan Perlis’ di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa mengkaji pencapaian sistem pendidikan untuk melihat pencapaian dan keberkesanannya. — BERNAMA

Wednesday, February 8, 2012

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru KPLI JQAF ambilan 2012 yang telah berjaya melalui minggu pengurusan selama 2 minggu dgn lancar dan jayanya...
Tahniah juga diucapkan kerana anda telah berjaya mendapat surat penempatan di Kelantan, Johor, Pahang Terengganu dll negeri...

Selamat bertugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah... Jumpa lagi pada KDC akan datang...

TAKWIM PENGAJIAN 2012

Monday, February 6, 2012

UCAPAN PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas kerja keras dan kerjasama warga IPG KKB dalam menjayakan

AUDIT PERSIJILAN SEMULA (recertification audit) MS ISO 9001:2008 IPGM/IPGK

OLEH SIRIM-QAS INTERNATIONAL

yang diadakan di IPG ini pada 31 Jan dan 1 Feb 2012.

Makluman Praktikum Semester Jan 2012

Sila klik di sini :http://www.praktikumipgkkb.edu.my/index.php

Friday, February 3, 2012

14 lagi sekolah diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA 3 Feb. - Kementerian Pelajaran mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di bawah kohort ketiga tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 66 buah.

Sambil mengakui sistem pendidikan telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara, namun katanya, penambahbaikan berterusan masih diperlukan jika mahu mutu pendidikan di Malaysia setanding negara-negara maju.

"Menerusi usaha-usaha terkini kerajaan dan Kementerian Pelajaran, saya menjangkakan selepas fasa penilaian semua dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang akan dipikul oleh warga SBT akan lebih mencabar.

"(Ini kerana) matlamat akhir SBT bukan sahaja untuk mengiktiraf kecemerlangan sekolah tetapi lebih penting ialah memastikan kecemerlangan tersebut dapat memberi impak positif kepada pencapaian pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pengiktirafan SBT Kohort 3 dan sumbangan dana kepada 14 buah sekolah terbabit di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran dan Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyarankan warga SBT supaya mempunyai teraju kepimpinan yang dinamis serta berkesan.

Ini kerana, katanya, penampilan yang baik, sihat mental serta fizikal dan memiliki sifat-sifat amanah ikhlas, berintegriti serta tidak mementingkan diri sendiri adalah ciri-ciri pemimpin yang diharapkan oleh sistem pendidikan negara.

"Pemimpin yang berkesan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mahir berkomunikasi, mempunyai keterampilan mentadbir, berkebolehan menganalisis masalah, boleh membuat keputusan dan bijak mengendalikan pengurusan organisasi," katanya.

Beliau berkata, hasrat kementerian adalah merealisasikan tiga matlamat dengan pengiktirafan BPT iaitu mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, meningkatkan kualiti pencapaian institusi melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti serta membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.

Kedua, katanya, bagi menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang, SBT sebagai tempat untuk melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa dan menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

"Seterusnya merapatkan jurang antara sekolah di dalam sistem iaitu SBT memainkan peranan sebagai sumber inspirasi dan rujukan kepada sekolah-sekolah lain untuk memacu kecemerlangan di tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah tersebut,'' katanya.

10 buah Sekolah Kebangsaan (SK) terbabit ialah SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu; SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor; SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu, SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu; SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang; SK Minden Heights, Pulau Pinang; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang; SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah; dan SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor.

Empat buah Sekolah Menengah Sains (SMS) ialah SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SMS Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; SMS Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor dan SMS Johor, Kluang Johor.

AUDIT PENSIJILAN SEMULA -SIRIM - QAS INTERNATIONAL 31JAN 2012










MINGGU PENGURUSAN JQAF 30 JAN 2012




Tuesday, January 24, 2012

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KALI KE-2 (PISMP Amb. JAN 2008)


Tahniah diucapkan kepada semua Graduan IPG Kampus Kota Bharu PISMP Amb. JAN 2008. Maklumat berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 hingga 14 Mac 2012
Tempat : Dewan Perdana, PICC, Putrajaya.
Kumpulan yang terlibat : PISMP Ambilan Januari 2008 (99 lulusan)


Sila Klik Disini untuk Maklumat Lanjut

Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012


Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada tuan/puan kerana ditawarkan untuk mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Sila ambil perhatian/tindakan tentang perkara berikut. Perisian Acrobat Reader diperlukan untuk membuka dokumen tertentu.

Tarikh : 30 Januari 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Dataran HEP, IPG Kampus Kota Bharu.

Daripada :
Pengarah dan warga IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Sila Klik Disini untuk Maklumat Lanjut

Thursday, January 12, 2012

MAKLUMAN DARI UNIT PEPERIKSAAN

Pelajar-pelajar PPG Sem 1 Ambilan Jun 2011 boleh mencetak Slip Keputusan Peperiksaan melalui website www.upenipgkkb.edu.my.

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan "Gagal, kenaikan bersyarat" dikehendaki menduduki peperiksaan ulangan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sila berhubung dengan Unit Peperiksaan ( 09-7717748) untuk pendaftaran peperiksaan ulangan.

Tempoh pendaftaran 10 Januari 2012 - 16 Januari 2012 waktu bekerja.

Slip Kelayakan Menduduki peperiksaan ulangan boleh dicetak melalui website www.upenipgkkb.edu.my mulai 18 Januari 2012.

Pelajar DIWAJIBKAN membawa Slip ini untuk menduduki Peperiksaan Ulangan Januari 2012.

Sila Klik di sini untuk :

a) Sistem, Penggredan IPGM Mulai Ambilan Jan 2011

b) Jadual Waktu Ulangan Januari 2012 bagi PPG Sem 1

c) Jadual Waktu Ulangan Januari 2012 bagi PISMP dan PPISMP

Tuesday, January 10, 2012

Mohon dibenarkan penjawat awam pilih semula opsyen persaraan

10/01/2012 7:45pm

SERDANG 10 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak Cuepacs sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan,” katanya. - BERNAMA

Sunday, January 8, 2012

MAKLUMAN DARI UNIT PEPERIKSAAN

PELAJAR-PELAJAR BOLEH PRINT SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI

WEBSITE: www.upenipgkkb.edu.my

BUKANNYA WEBSITE: www.ipgkkb.unitpen.edu.my

PELAJAR-PELAJAR YANG “GAGAL, KENAIKAN BERSYARAT” SILA MENDAFTAR UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN JANUARI 2012 PADA :

Tarikh : 9 Januari 2012

Hari : ISNIN

Masa : 10.30 PAGI

Tempat : Unit Peperiksaan

Friday, January 6, 2012

MAKLUMAT DARI UNIT PEPERIKSAAN

Makluman kepada pelajar-pelajar, slip keputusan online tidak dapat di cetak lg kerana masalah tenikal sistem yang baru. Sehubungan dengan itu,Pelajar-pelajar boleh mencetak slip keputusan peperiksaan melalui website dahulu www.upenipgkkb.edu.my secara berperingkat mulai 7 Januari 2012. Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.

PELAJAR PISMP SEM 6 BOLEH CETAK KEPUTUSAN MELALUI WEBSITE: www.upenipgkkb.edu.my