Friday, February 24, 2012

11 April hari Kelepasan Am Tambahan

Tarikh 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan yang Di Pertuan Agong ke-14.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dalam satu kenyataannya berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 atau Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan negeri berkenaan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Dua acara utama akan diadakan sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong iaitu istiadat pertabalan pada sebelah pagi.

Dan majlis santapan diraja pada sebelah malam kedua-duanya di Istana Negara, Jalan Duta.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14, pada 13 Disember lalu menggantikan Sultan Mizan Zainal Zbidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.

Wednesday, February 22, 2012

UCAPAN PENGHARGAAN

Pihak IPGKKB ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa orang pensyarah kita yang telah mendapat kenaikan pangkat sbg "Pensyarah Cemerlang". Semoga dgn kenaikan pangkat tersebut akan menyemarakkan lagi kerja dan bertambah semangat dalam mendidik anak2 bangsa ini dan menjadi pendorong kpd rakan2 pensyarah yg lain... InsyaAllah..

Monday, February 20, 2012

MAKLUMAT KURSUS DALAM CUTI (KDC) BAGI SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MAC 2012

Surat pelepasan dan maklumat tentang KDC Mac 2012 adalah seperti berikut:

1. JQAF 2012, PGSR 09, KDPM SABK- 11-15 Mac 2012

2. PGSR 08, Pra Kemas 09,10, 11- 11-16 Mac 2012.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Bagi yg memerlukan kereta sewa pandu, sila hub. @ sms : 0129556569

Saturday, February 18, 2012

Sistem pendidikan negara harus pentingkan kualiti - TPM

GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.

Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.

"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.

Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Perhatian Tarikh PBS bagi pelajar PISMP Sem 1 ialah:
a) 4-8 Mac 2012 di negeri yang bermulanya persekolahan hari Ahad
b) 5-9 Mac 2012 di negeri yang bermulanya persekolahan hari Isnin

Cuti Pertengahan Semester
10 - 18 Mac 2012

Interaksi Kuliah
19 Mac 2012

P/S:
a) Pastikan tiket sudah di booking awal2 @ sekarang untuk mengelakkan kekecewaan bagi yang pulang menaiki BUS, FLIGHT..dan sama waktu dengannya.
Tiket cepat habis di Kelantan, terutama pada msa cuti sekolah.
b) Pastikan Tarikh untuk tiket pulang sebelum tarikh Kuliah bermula.. Kelewatan anda, menyebabkan kerugian jam kredit dan kuliah, tindakan HEP, dan lain2 yang dirasakan perlu..
c) Bagi yang pulang menaiki kenderaan sendiri, (moto, kreta) Servis dahulu kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan.

Harap Maklum..

Tuesday, February 14, 2012

Sistem pendidikan sentiasa dikaji dan ditambah baik

14/02/2012 8:32pm

JITRA 14 Feb. — Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji dan melalui proses penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, guru sebagai barisan hadapan untuk mencapai matlamat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab besar mendidik dan melahirkan tenaga manusia berilmu dan mahir dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan ko-kurikulum, Laporan Razak, Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuk memanjangkan latihan untuk guru dan pengambilan guru bahasa Inggeris dari negara penutur jati bahasa itu.

"Setiap perubahan bertujuan menambah baik mutu pengajaran dan bidang pendidikan kerana ia perkara pokok bagi Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020,” katanya semasa menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kedah dan Perlis’ di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa mengkaji pencapaian sistem pendidikan untuk melihat pencapaian dan keberkesanannya. — BERNAMA

Wednesday, February 8, 2012

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru KPLI JQAF ambilan 2012 yang telah berjaya melalui minggu pengurusan selama 2 minggu dgn lancar dan jayanya...
Tahniah juga diucapkan kerana anda telah berjaya mendapat surat penempatan di Kelantan, Johor, Pahang Terengganu dll negeri...

Selamat bertugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah... Jumpa lagi pada KDC akan datang...

TAKWIM PENGAJIAN 2012

Monday, February 6, 2012

UCAPAN PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas kerja keras dan kerjasama warga IPG KKB dalam menjayakan

AUDIT PERSIJILAN SEMULA (recertification audit) MS ISO 9001:2008 IPGM/IPGK

OLEH SIRIM-QAS INTERNATIONAL

yang diadakan di IPG ini pada 31 Jan dan 1 Feb 2012.

Makluman Praktikum Semester Jan 2012

Sila klik di sini :http://www.praktikumipgkkb.edu.my/index.php

Friday, February 3, 2012

14 lagi sekolah diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA 3 Feb. - Kementerian Pelajaran mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di bawah kohort ketiga tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 66 buah.

Sambil mengakui sistem pendidikan telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara, namun katanya, penambahbaikan berterusan masih diperlukan jika mahu mutu pendidikan di Malaysia setanding negara-negara maju.

"Menerusi usaha-usaha terkini kerajaan dan Kementerian Pelajaran, saya menjangkakan selepas fasa penilaian semua dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang akan dipikul oleh warga SBT akan lebih mencabar.

"(Ini kerana) matlamat akhir SBT bukan sahaja untuk mengiktiraf kecemerlangan sekolah tetapi lebih penting ialah memastikan kecemerlangan tersebut dapat memberi impak positif kepada pencapaian pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pengiktirafan SBT Kohort 3 dan sumbangan dana kepada 14 buah sekolah terbabit di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran dan Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyarankan warga SBT supaya mempunyai teraju kepimpinan yang dinamis serta berkesan.

Ini kerana, katanya, penampilan yang baik, sihat mental serta fizikal dan memiliki sifat-sifat amanah ikhlas, berintegriti serta tidak mementingkan diri sendiri adalah ciri-ciri pemimpin yang diharapkan oleh sistem pendidikan negara.

"Pemimpin yang berkesan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mahir berkomunikasi, mempunyai keterampilan mentadbir, berkebolehan menganalisis masalah, boleh membuat keputusan dan bijak mengendalikan pengurusan organisasi," katanya.

Beliau berkata, hasrat kementerian adalah merealisasikan tiga matlamat dengan pengiktirafan BPT iaitu mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, meningkatkan kualiti pencapaian institusi melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti serta membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.

Kedua, katanya, bagi menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang, SBT sebagai tempat untuk melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa dan menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

"Seterusnya merapatkan jurang antara sekolah di dalam sistem iaitu SBT memainkan peranan sebagai sumber inspirasi dan rujukan kepada sekolah-sekolah lain untuk memacu kecemerlangan di tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah tersebut,'' katanya.

10 buah Sekolah Kebangsaan (SK) terbabit ialah SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu; SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor; SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu, SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu; SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang; SK Minden Heights, Pulau Pinang; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang; SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah; dan SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor.

Empat buah Sekolah Menengah Sains (SMS) ialah SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SMS Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; SMS Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor dan SMS Johor, Kluang Johor.

AUDIT PENSIJILAN SEMULA -SIRIM - QAS INTERNATIONAL 31JAN 2012










MINGGU PENGURUSAN JQAF 30 JAN 2012