




Tahniah diucapkan kepada semua Graduan IPG Kampus Kota Bharu PISMP Amb. JAN 2008. Maklumat berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 12 hingga 14 Mac 2012
Tempat : Dewan Perdana, PICC, Putrajaya.
Kumpulan yang terlibat : PISMP Ambilan Januari 2008 (99 lulusan)
GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.
Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.
Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA
JITRA 14 Feb. — Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji dan melalui proses penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, guru sebagai barisan hadapan untuk mencapai matlamat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab besar mendidik dan melahirkan tenaga manusia berilmu dan mahir dalam pelbagai bidang.
“Kerajaan mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan ko-kurikulum, Laporan Razak, Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuk memanjangkan latihan untuk guru dan pengambilan guru bahasa Inggeris dari negara penutur jati bahasa itu.
"Setiap perubahan bertujuan menambah baik mutu pengajaran dan bidang pendidikan kerana ia perkara pokok bagi Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020,” katanya semasa menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kedah dan Perlis’ di Dewan Wawasan di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa mengkaji pencapaian sistem pendidikan untuk melihat pencapaian dan keberkesanannya. — BERNAMA
Kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas kerja keras dan kerjasama warga IPG KKB dalam menjayakan
AUDIT PERSIJILAN SEMULA (recertification audit) MS ISO 9001:2008 IPGM/IPGK
OLEH SIRIM-QAS INTERNATIONAL
yang diadakan di IPG ini pada 31 Jan dan 1 Feb 2012.
PUTRAJAYA 3 Feb. - Kementerian Pelajaran mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di bawah kohort ketiga tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 66 buah.
Sambil mengakui sistem pendidikan telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara, namun katanya, penambahbaikan berterusan masih diperlukan jika mahu mutu pendidikan di Malaysia setanding negara-negara maju.
"Menerusi usaha-usaha terkini kerajaan dan Kementerian Pelajaran, saya menjangkakan selepas fasa penilaian semua dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang akan dipikul oleh warga SBT akan lebih mencabar.
"(Ini kerana) matlamat akhir SBT bukan sahaja untuk mengiktiraf kecemerlangan sekolah tetapi lebih penting ialah memastikan kecemerlangan tersebut dapat memberi impak positif kepada pencapaian pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pengiktirafan SBT Kohort 3 dan sumbangan dana kepada 14 buah sekolah terbabit di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran dan Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.
Sehubungan itu, Muhyiddin menyarankan warga SBT supaya mempunyai teraju kepimpinan yang dinamis serta berkesan.
Ini kerana, katanya, penampilan yang baik, sihat mental serta fizikal dan memiliki sifat-sifat amanah ikhlas, berintegriti serta tidak mementingkan diri sendiri adalah ciri-ciri pemimpin yang diharapkan oleh sistem pendidikan negara.
"Pemimpin yang berkesan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mahir berkomunikasi, mempunyai keterampilan mentadbir, berkebolehan menganalisis masalah, boleh membuat keputusan dan bijak mengendalikan pengurusan organisasi," katanya.
Beliau berkata, hasrat kementerian adalah merealisasikan tiga matlamat dengan pengiktirafan BPT iaitu mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, meningkatkan kualiti pencapaian institusi melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti serta membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.
Kedua, katanya, bagi menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang, SBT sebagai tempat untuk melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa dan menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.
"Seterusnya merapatkan jurang antara sekolah di dalam sistem iaitu SBT memainkan peranan sebagai sumber inspirasi dan rujukan kepada sekolah-sekolah lain untuk memacu kecemerlangan di tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah tersebut,'' katanya.
10 buah Sekolah Kebangsaan (SK) terbabit ialah SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu; SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor; SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu, SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu; SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang; SK Minden Heights, Pulau Pinang; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang; SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah; dan SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor.
Empat buah Sekolah Menengah Sains (SMS) ialah SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SMS Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; SMS Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor dan SMS Johor, Kluang Johor.